18/6/54

JIHAD SEORANG WANITA




            Jihad seorang wanita pula Perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu. Moga sama-sama mendapat manfaatnya



           Di antara jihad seorang wanita ialah seperti berikut :

1)      Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
2)      Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidkan dan pembesaran anak-anak.
3)      Menyempurnakan segala urusan rumah tanggamenurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4)      Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5)      Memerangi perkara-perkara bid’ah, khurafat dan pemikiran yang salah serta adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
6)      Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, sekolah-sekolah dan menghulurkan bantuan untuk keluarga miskin.

          Rasulullah Saw mengikutsertakan kaum wanita dalam peperangan. Mereka mengubati orang yang terluka. Rasulullah tidak pernah memberi mereka bahagian dari harta rampasan tetapi memberi mereka dari kelebihan (sisa) pembahagian. (HR. Muslim)

Surah Al-Hajj ayat 78

            Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur’an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

           diantara jihad untuk seorang wanita yang muslimah. Tak susah kan untuk mendapatkan pahala...:-) Maka dengan itu mari kita berjihad untuk menjadi wanita yang solehah :-) 

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น