23/6/54
Pemuda Pilihan
"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia.." kata Bung Sukarno
PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..
22/6/54
KECANTIKAN UNTUK WANITA SOLEHAH
ning Kecantikan seorang wanita adalah sata nikmat pemberian Allah Subhanahu Wata ala, maka jagakanlah nikmat ini supaya kita tidak berada di dalam kekufuran nikmat dan agar kita semua di bawah lindungan Allah!!!
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
19/6/54
SEORANG PUTERI DENGAN SI AYAHNYA
Cerita ini diubah sesuai semula berdasarkan sarahan dan hukum Al-Quran & Al-hadis.
Marilah kita bersama-sama perhatikan sekelumit kisah ringkas berikut...
Seorang gadis kecil bertanya kepada ayahnya, "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah yang sejati?"
PEMUDA HARAPAN UMMAH
“Remaja adalah waktu yang menunjukkan tempoh kekuatan dan semangat yang kuat kerana ia adalah pertengahan umur dan pertengahan setiap perkara adalah yang terbaik.Ketika mana matahari berada di tengah langit pada waktu tengah hari, cahayanya bertambah kuat dan lebih panas”(Terjemahan Wajibus Syabab,terbitan BPI PERUBATAN,m/s 8 )
18/6/54
JIHAD SEORANG WANITA
Jihad seorang wanita pula Perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu. Moga sama-sama mendapat manfaatnya
KITA ADALAH PEMUDA PEMUDI ISLAM
Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia.
Perkara ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
17/6/54
KELEBIHAN WANITA SOLEHAH
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
Wanita Yang Indah
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Kedudukan pemuda- pemudi dalam Islam
14/6/54
Wahai pemuda-pemuda Islam
Wahai pemuda-pemuda Islam! Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda'wah ke jalan Allah. Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semuga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah.
Kamulah semua satria pembawa Risalah. Tulang belakang ummah mulai dan sekarang hingga ke hari muka.Usaha dan jihad pemuda-pemuda merupa suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan belia-belia Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.
Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan belia adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.
Di sebalik keagungan dan ilmu ketamaddunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berda'wah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...
Duhai pemuda-pemuda Islam! Semuga kamu semua akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berda'wah ke jalan Allah. Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman Keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akan tegak semula di atas daya usaha satria pemuda. Allah Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia sukai.
Bersama kita doakan, semuga Allah jadikan kita semua seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusuli dengan amalan. Semuga Allah jadikan kita seperti para-para dai' yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja sebaik tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir semesta alam.
สมัครสมาชิก:
บทความ (Atom)